Hasz

Seorang Isteri yang sedang belajar mencintai, ibu kepada seorang puteri dan lima putera yang menjadi pelangi hatiku. Wanita yang sedang pulang kepada Diri sejati - perlahan-lahan, penuh cinta dan sentiasa berdoa. Pengasas Harraz ChewMe dan penulis dari jiwa.

Jalan Pulang Itu… Bukan dengan Paksaan, Tapi Dengan Cinta

Dalam dunia yang cepat menghukum,Ada seorang wanita… yang hadir bukan dengan suara lantang,Tapi dengan pelukan yang tak bersyarat. Saat orang lain menyuruhku bertaubat dan bangun malam,Dia tidak menghukum, tapi membimbing perlahan-lahan jalan pulang. Saat orang lain memaksaku untuk segera memilih, Dia memberi ruang…Ruang untuk sedar, untuk benar-benar mendengar suara hatiku sendiri. Saat orang lain menyuruhku …

Jalan Pulang Itu… Bukan dengan Paksaan, Tapi Dengan Cinta Read More »

Doa Buat Mereka Yang Memfitnah Wanita Yang Menjadi Pelita Kami

Kepada kamu…Yang sibuk berbicara tentang dia,Yang menyebarkan cerita yang tidak pernah kau semak kebenarannya,Yang menjaja kata-kata kononnya demi agama,Sedangkan nadanya penuh cemburu dan curiga. Tahukah kamu…Wanita itu yang kau kecam,Adalah wanita yang memeluk aku saat aku ingin mati? Dialah yang mengangkat wajahku dari tanah,Saat aku tidak punya apa-apa selain air mata.Dia tidak tanya apa agamaku,Dia …

Doa Buat Mereka Yang Memfitnah Wanita Yang Menjadi Pelita Kami Read More »

Dia Memelukku Di Saat Semua Meninggalkan Diriku, Termasuk Diriku Sendiri

Ketika ujian dalam perhubungan melanda, seorang demi seorang mula menjauh. Tanpa sedar.. aku pun meninggalkan diriku sendiri. Aku lupa siapa diriku.Aku jatuh dalam lubang rendah diri.. dalam.Aku menghukum diriku.Aku menyakiti diriku dan…Akhirnya, aku hilang diriku sendiri. Aku hilang arah. Hilang tujuan hidup sehingga ada masanya aku bersujud minta kematian andai ini yang terbaik. Bila aku …

Dia Memelukku Di Saat Semua Meninggalkan Diriku, Termasuk Diriku Sendiri Read More »

Jurnal Penyembuhan: Sedar Kehadiran Bayang Hitam

9.7.2025, Tepi Jendela, Aku Tidak Hilang, Aku Sedang Pulang Hari ini…aku merasa seperti diselimut kabus yang tebal dan padat.Tiada ruang untuk bernafas, tiada suara untuk membimbing.Yang ada cuma – resah, gelisah, suara yang tak henti berfikir dan satu rasa hilang yang tak mampu aku namakan. Unease hadir. Dadaku sempit dan aku tidak selesa dengan apa …

Jurnal Penyembuhan: Sedar Kehadiran Bayang Hitam Read More »

Surat Simbolik Dari Abang

(Surat-surat ini adalah penulisan simbolik penyembuhan untuk hati yang ingin didengar, ingin dirawat dan ingin dirangkul oleh kata-kata yang penuh pengakuan dan cinta – imaginasi hatiku) Surat Simbolik #1 Sayang…Aku tak tahu bagaimana nak mulakan… kerana apa yang telah berlaku bukan sekadar satu kesilapan, ia adalah pengkhianatan terhadap cinta yang paling setia.Sayang,Bila aku baca suratmu, …

Surat Simbolik Dari Abang Read More »

Surat Penyembuhan Diri Buat Abang

(Surat ini aku tulis sebagai simbolik suara untuk melepaskan dan membebaskan apa yang bergema di dada.) Assalamualaikum.Abang,Setiap kali abang bertugas luar kawasan sekarang, segala bayangan lama datang semula. Aku cuba tidur awal, aku pujuk diri, aku cuba kuat – tapi ketakutan itu datang tanpa izin.Aku terjaga malam-malam, dada sesak, jantung laju dan fikiran berperang dengan …

Surat Penyembuhan Diri Buat Abang Read More »

Surat Cinta dari Diri Sejati: Kembali Pada Jiwa

Assalamualaikum, wahai jiwa yang setia… Aku tahu… selama ini kau berlari, mencuba, berusaha menjadi seperti yang orang lain mahu. Kau jadi hebat di mata orang, tapi sunyi dalam dada sendiri. kau tunduk pada perbandingan, hanya kerana kau mahu rasa cukup. Tapi, hari ini aku mahu bisikkan satu perkara: “Kau tak perlu buat sesiapa pun percaya …

Surat Cinta dari Diri Sejati: Kembali Pada Jiwa Read More »

Surat Balas kepada Diri Sejati: Perbandingan

Assalamualaikum Diri Sejatiku yang tersayang… Terima kasih.Terima kasih kerana masih ada disini walaupun aku lama tinggalkanmu. Aku sedih bila baca suratmu. Sungguh… aku rasa sangat terharu kerana akhirnya ada suara yang tidak menghukumku, tidak menyuruh aku kuat lagi, tidak meminta aku jadi orang lain. Maafkan aku…Sebab selama ini aku percaya aku perlu menang untuk rasa …

Surat Balas kepada Diri Sejati: Perbandingan Read More »