Hasz

Seorang Isteri yang sedang belajar mencintai, ibu kepada seorang puteri dan lima putera yang menjadi pelangi hatiku. Wanita yang sedang pulang kepada Diri sejati - perlahan-lahan, penuh cinta dan sentiasa berdoa. Pengasas Harraz ChewMe dan penulis dari jiwa.

Bisikan Diri Sejati

Puchong, 20 Jun 2025 “Bila aku kembali kepada Diri Sejati, setiap perbuatan terasa lebih dekat di hati.Saat itu, Allah hadir bukan hanya dalam nama, tapi dalam rasa, gerak dan nafas yang aku alami” Jangan kejar rasa hadir. Hadirlah dan Aku akan menjadi yang paling dekat

Doa Rezeki dan Kelapangan Hidup

Untuk jiwa yang sedang berusaha dan berserah Ya Allah, ini suara hatiku. Jadikanlah doa ini saksi bahawa aku pernah berharap dengan seluruh jiwaku. Terimalah aku, dalam segala kekurangan dan kejujuran ini. Umi Hasz Ya Allah…Aku datang kepada-Mu hari ini,bukan semata-mata meminta kekayaan,tetapi mohon kelapangan –dalam jiwa, dalam fikiran dan dalam hidupkuyang sedang mencuba sehabis daya. …

Doa Rezeki dan Kelapangan Hidup Read More »

Cermin Ajaib

Bila umi menyedari bahawa setiap pandangan adalah cermin. MashaAllah Bila kita menunjuk dengan satu jari, empat jari yang lain kembali kepada kita. Ia bukan untuk menyalahkan diri – tetapi untuk melihat lebih dalam, “Apa yang Allah ingin tunjukkan padaku melalui orang ini?” Setiap wajah yang kulihat adalah cermin dari dalam jiwaku.Bukan hanya rupa, tapi gema …

Cermin Ajaib Read More »

Doa Buat Puteri Tersayang

Nur’Ain Irdina Ya Allah, terima kasih.Atas titipan satu jiwa lembut dari rahim ini,Seorang puteri yang penyayang, penyejuk hati dan sahabat sejati.Jadikan hatinya seindah namanyaLangkahnya seteguh sayap-sayap cahaya.Lindungi dia dari dunia yang keras,dan jadikan kelembutannya sebagai kekuatan.Berikan dia CINTA yang tidak mematahkan,dan teman-teman yang membesarkan jiwanya.Jadikan aku umi yang mampu menjaditanah subur untuk jiwanyabertumbuh bebas dan …

Doa Buat Puteri Tersayang Read More »

Benih Cinta Lalu

Umi peluk rasa sesal dengan kasih yang tidak menghakimi. – Dia dicintai walau dalam diam dan takut. Dia tahu dan dia memaafkan. Wahai anakku yang tidak sempat ku dakap,Yang hadir hanya seketika dalam tubuhku,Namun tinggal selama-lamanya dalam ingatanku. Maafkan umi,kerana saat engkau hadir, umi belum kuat.Umi masih dihimpit takut, keliru dan malu.Bukan kerna engkau tidak …

Benih Cinta Lalu Read More »

Khalifah Kecil

Ruang Pagi ini Hazim siap awal untuk ke sekolah. Sempat tolong umi bancuh air untuk sarapan. Sementara tunggu Hadif dan Harraz bersiap, kami sarapan bersama dan berbual. Asalnya umi tanya Hazim bagaimana uruskan adik-adik dan dia jawab dengan dahi berkerut. Timbul soalan – “Siapa kita? Kenapa kita diciptakan”. Manusia diciptakan sebagai khalifah di muka bumi …

Khalifah Kecil Read More »

Kosong Yang Berisi

Aku milik cinta yang abadi.Hari ini aku pilih diriku sendiriBukan kerana kecewa,Tapi kerana aku layak disayangi,oleh diriku sendiri dan oleh TuhanYang Maha Lembut Queen of Gentle Grace Ada rasa pedih yang sukar diluah bila satu demi satu ruang yang pernah menjadi kebanggaan – Harraz Mart, Ayam Kampung Harraz dan Harraz ChewMe – kini hanya tinggal …

Kosong Yang Berisi Read More »

Dari Luka Lahir Cahaya

Lima luka di dada,terukir dari cinta yang pernah dipercaya.Tapi Tuhan tak pernah membiarkan,air mata gugur sia-sia. Lima benih dari rahim suci,tumbuh jadi pohon penyejuk hati.Mereka hadir bukan mengganti,tapi sebagai bukti –bahawa cinta sejati tak pernah mati Dari luka, lahirlah cahaya.Dari tangis, muncul lah suara doa.dan kini aku berdiri – bukan sebagai yang patah.tetapi yang bangkit, …

Dari Luka Lahir Cahaya Read More »