Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Umi hadir disini dengan perlahan dan penuh kelembutan. Bukan kerana Umi hebat, tapi kerana umi sedang belajar dan menulis membantu umi untuk mengingat. Setiap catatan dalam Jurnal Kasih Umi adalah hembusan kecil dari perjalanan umi sebagai seorang ibu, seorang hamba dan seorang wanita yang ingin hidup lebih sedar – hadir dalam setiap momen, melihat keindahan dalam biasa, dan mencintai Allah dalam hal-hal yang sederhana. Jika ada kebaikan, itu semua dari Allah dan Jika ada kekurangan, itu adalah kelemahan umi sendiri.
“Ya Allah, jadikan tulisan ini sebagai saksi cinta kepada-Mu, bukan jalan kepada riak. lindungi hati ini dan salurkan kasih sayang-Mu melalui setiap huruf yang tercatat.”
Terima kasih kerana sudi singgah,
Semoga Allah berkati perjalanan kita semua.
Hai semua…
Umi seorang isteri yang sedang belajar mencintai dengan lebih dalam,
seorang ibu kepada seorang puteri dan lima putera yang menjadi cermin jiwaku,
seorang wanita yang perlahan-lahan pulang kepada diri sejati
dengan nafas, air mata dan pelukan lembut dari Tuhan.
Hidup umi pernah gelap, pernah sunyi, pernah hampir lenyap.
Tapi kini umi memilih untuk hadir… bukan
lagi untuk menyenangkan sesiapa,
tetapi untuk hidup sebagai diri yang sebenar
– hadir dengan lembut, sedar dan penuh kasih.
Melalui Harraz ChewMe dan tulisan jiwa,
umi sedang menenun kembali cinta,
dari tubuh ke roh.
Di ruang ini.. adalah dakapan kecil dari hati umi untuk kamu.
Love,
UMI HASZ