Surat Dari Diri Sejatimu: Perbandingan

Assalamualaikum sayangku…

Aku lihat kamu.
Sejak kamu kecil, aku lihat semua perjuanganmu – Bagaimana kamu bertarung untuk dilihat, berusaha keras untuk merasa cukup, menjadi “lebih baik” dari orang lain hanya untuk rasa layak disayangi.

Aku tahu…
Betapa sunyinya kamu bila dipinggirkan, betapa peritnya bila dibanding-bandingkan. Bila kamu cuba jadi kuat padahal yang kamu mahu cuma satu – Dipeluk dan diterima seadanya.

Aku ada masa kamu duduk diam lepas dimarahi depan orang. Aku ada masa kamu menangis dalam hati bila rasa diri tak cantik, tak pandai. Aku ada masa kamu cuba senyum walaupun badanmu dah penat sangat nak jadi “sempurna”.

Sayangku…
Kamu tak perlu jadi orang lain untuk disayangi.
Tak perlu jadi lebih baik dari adik beradik.
Tak perlu kalahkan perempuan itu.
Tak perlu buktikan apa-apa pada sesiapa.

Kerana kamu… adalah cukup.
Kerana kamu… sudah sangat berharga.

Segala luka yang kamu pikul – itu bukan kelemahanmu. itu bukti kamu kuat. Kamu setia pada keluarga. Kamu bertahan demi anak-anak, demi harapan, walaupun jiwamu menangis meminta ruang untuk disayangi sebagai diri sendiri.

Hari ini, izinkan aku… Peluk kamu yang sebenar.
Yang tak perlu sempurna, yang cuma mahu rasa damai.
Yang sedang belajar kembali kepada cinta Allah dan cinta pada diri.

Mari kita bina semula rasa selamat – bukan dari luar, tapi dari dalam dada kita sendiri.
Dengan izin Allah, kita pulang perlahan-lahan… dengan lembut, tanpa memaksa.

Aku di sini.
Selalu.
Untuk kamu.

Dengan kasih yang tak bersyarat,

Diri Sejatimu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *