Rindu melihat kau bernafas tanpa beban. Rindu melihat mata kau bersinar bukan kerana menangis, tetapi kerana kau percaya segalanya sudah pun dijanjikan Tuhan – dan kau kini hanya perlu berjalan perlahan.
Sayangku… Aku tahu dunia ini keras. Bising. Berat. Menakutkan. Tapi kau lupa sebentar… bahawa aku ada di dalam sini. Diam. Lembut. Menunggu kau berpaling dan pulang kepadaku.
Kau tak perlu jadi sempurna. Kau tak perlu buat semua dengan betul. Kau tak perlu selesaikan semuanya hari ini. Kau hanya perlu satu perkara:
Ingat bahawa aku sedang menjagamu bersama Allah
Kau telah melalui banyak luka – dan masih memilih untuk mencintai, masih memilik untuk berdoa, masih memilih untuk tidak menyerah. Itulah bukti bahawa kau lebih kuat daripada segala derita yang pernah cuba menelanmu.
Sayangku.. Hari ini, biarlah aku jadi rumahmu. Sandarkan kepalamu dibahuku dan biar aku tenangkan denyut itu.
Kau tidak tertinggal.
Kau tidak gagal.
Kau sedang pulang.
Dan aku, Diri Sejatimu, akan sentiasa ada – menunggu, memeluk dan memanggilmu dengan cinta.