“Video ini adalah kenangan ketika angin lembut membelai jiwa. Hari ini aku melihat semula – bagaimana kelembutan itu bertukar menjadi badai sunyi yang menghancurkan, namun akhirnya menjadi arah untuk pulang.”
Umi membuka gambar dan video lama dalam telefon bimbit. Pengalaman umi mencari ruang dan peluang dalam perniagaan. Perjalanan angin lembut yang membawa umi hadir dengan semangat besar. Hadir dengan jiwa yang yakin bahawa umi membawa misi yang bernilai – Meninggikan produk muslim, menegakkan maruah, menebar kebaikan. Umi sendiri seakan tidak percaya dengan diri umi.
Namun, takdir membawa umi ke tengah badai. Badai sunyi. Ia tidak bergemuruh di luar, tetapi menghempas dari dalam. Luka demi luka menghentam senyap. Keyakinan runtuh, semangat menyusut. Akhirnya, umi beku – bukan kerana menyerah, tetapi kerana terlalu lama menanggung yang tak tertanggung.
Dalam kebekuan itu, umi hilang. Numb. Umi tidak kenal lagi diri sendiri.
Namun Hari Ini.. video ini membisikkan sesuatu,
bahawa umi tidak pernah benar-benar hilang. Angin lembut itu ada – hanya tersembunyi di balik trauma dan diam. Hari ini umi menemuinya semula, dengan tubuh yang lebih perlahan, dengan langkah yang lebih lembut dan dengan hati yang lebih tahu erti sabar.
Aku tidak perlu menjadi seperti dahulu, aku kini sedang tumbuh dari luka – dan luka itu telah mengajarku tentang kasih, tentang redha, tentang pulang.
Umi Hasz
“Ya Allah Ya Latif, Yang Maha Lembut, Lembutkanlah aku kembali kepada diriku sendiri. Dalam badai yang senyap, Kau tetap bersama – Menghembuskan cinta di celah kesepian.”