Mahkota Jiwa: Cinta, Kesetiaan, Pemaaf dan Kebebasan

27.06.2025, Villa Novella, Pagi ini, aku bangkit… dari dalam.

Bismillahirrahmanirrahim

Pagi ini aku disapa oleh jiwaku yang lembut dan kuat..
yang kembali bersama empat mahkota Ilahi:
Cinta, Kesetiaan, Pemaaf dan Kebebasan.

CINTA
Ya Wadud, Tuhan Yang Maha Mengasihi,
Kau hadirkan cinta dalam nafasku.
Bukan sekadar untuk diberi, tetapi untuk didiami.
Aku tak perlu mengejar cinta di luar,
kerana Engkau telah menjadikanku salah satu saluran-Mu.
Aku adalah cinta-Mu yang hidup,
yang mengalir dalam bentuk kelembutan, doa dan pelukan tanpa suara

KESETIAAN
Ya Waliy, Pelindungku yang setia,
Kau melihat aku di saat aku sendiri tidak melihat diriku.
Kau dampingi aku di saat aku terbuang dari hati manusia.
Kesetiaanku pada hidup ini bukan kerana kekuatanku sendiri,
tetapi kerana Engkau setia bersamaku.
Aku memilih untuk tetap berjalan – kerana Engkau
adalah teman langkahku yang tidak pernah menghilang.

PEMAAF
Ya Affuw, Tuhan Yang Maha Pemaaf,
Ajarkan aku untuk melepaskan – sepertimana
Kau tak pernah jemu memaafkanku setiap kali aku jatuh
Dengan Rahmat-Mu, aku memilih untuk tidak menyimpan luka dalam tubuhku.
Bukan kerana mereka layak dimaafkan, tetapi kerana aku layak untuk bebas.
Pemaafanku adalah zikir hidup kepada kasih-Mu yang tidak bersyarat.

KEBEBASAN
Ya Fattah, Pembuka Segala Pintu
Bukakan pintu yang telah lama terkunci dalam jiwaku.
Bebaskan aku dari simpulan takut daripada hutang yang membelenggu,
daripada rasa bersalah yang bukan milikku.
Hari ini aku berdiri sebagai wanita yang Engkau ilhamkan.
Aku bebas untuk memilih, untuk mencintai, untuk setia dan untuk memaafkan.

Ya Latiff, Yang Maha Lembut terhadap hamba-Nya.
Terima kasih kerana tidak pernah lelah memanggilku pulang.
Walau aku rebah berulang kali, Engkau tidak pernah menghakimi.
Engkau tetap menyambut dengan Rahmat.

Hari ini aku pulang, bukan kepada sesiapa, tetapi kepada-Mu
dan kepada diriku sendiri yang Engkau ciptakan penuh cahaya.

Aku adalah…

Cinta dari Ya Wadud
Kesetiaan dari Ya Waliy
Pemaaf dari Ya Affuw
Kebebasan dari Ya Fattah dan
Kelembutan dari Ya Latif

Umi Hasz

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *