Aku milik cinta yang abadi. Hari ini aku pilih diriku sendiri Bukan kerana kecewa, Tapi kerana aku layak disayangi, oleh diriku sendiri dan oleh Tuhan Yang Maha Lembut
Queen of Gentle Grace
Ada rasa pedih yang sukar diluah bila satu demi satu ruang yang pernah menjadi kebanggaan – Harraz Mart, Ayam Kampung Harraz dan Harraz ChewMe – kini hanya tinggal sejarah. Pejabat yang menjadi tapak bertumbuhnya Hasz Trading akhirnya terpaksa ditutup.
Umi duduk diam di hadapan MacBook hadiah dari Abang – selepas laptop kesayangan umi rosak, ‘motherboard’ nya terbakar. Bersama kerosakan itu, hilang semua maklumat penting. Umi redha. Umi percaya, mungkin ada keindahan yang sedang Allah siapkan.
Ya, asalnya umi kecewa.
Tapi lebih daripada itu… umi sedar.
Umi benar-benar sedang bermula semula.
Dari kosong.
Dan untuk kali ini.. Umi mahu memulakan bukan dari kejaran atau ketakutan. Umi mahu melangkah dengan kesedaran, kelembutan dan kasih sayang. Sebagaimana umi melepaskan diri yang lama demi penyembuhan, begitulah juga umi izinkan Hasz Trading lahir kembali – dari jiwa yang lebih bersih.
Umi tak tahu bagaimana bentuknya nanti. Tapi umi tahu siapa yang akan memimpinnya.
Allah Yang Maha Mengetahui
Dan umi akan terus hadir. Perlahan-lahan. Dengan sabar, dengan cinta.
“Ya Allah, berkatilah langkah baru ini. Walau dari kosong – Aku tahu, Engkau akan cukupkan segalanya.”