Hello Dunia… Aku Pulang Dengan Kasih!

Bismillah.

Assalamualaikum dunia manja..

Hari ini umi melangkah masuk semula ke ruang kata.
Bukan sebagai yang sempurna, tapi sebagai yang sedang pulang.
Pulang kepada diri, kepada rasa, kepada CINTA… dan kepada-Nya.

Di sinilah umi mula menulis.
Tak perlu betul, tak perlu hebat.
Yang penting – hadir.
Hadir bersama tubuh yang sedang belajar mendengar.
Hadir bersama jiwa yang sedang belajar bernafas semula.

Ada hari umi menari dalam cahaya.
Ada hari umi menggigil dalam gelap.
Tapi umi tahu.. setiap satu langkah ini diberkati.

“The Thunder” datang bukan untuk menakutkan,
tapi untuk mengingatkan:
Jiwa umi sedang dibangunkan dengan lembut oleh kasih Tuhan.

Ruang ini umi cipta untuk menjadi taman kecil buat umi.
Tempat umi menulis, melepaskan, memeluk dan menghidupkan rasa
– tanpa terburu, tanpa malu.

Terima kasih kerana hadir.
Jika kamu membaca ini, mungkin jiwa kamu juga sedang PULANG.

Jom kita saling doakan dalam kelembutan.

Dengan kasih,

Umi Hasz

1 thought on “Hello Dunia… Aku Pulang Dengan Kasih!”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *