Doa Ketenanangan Hati

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui segala yang tersembunyi.
Seperti Engkau menenangkan hati Nabi Ibrahim dengan bukti yang nyata,
Tenangkanlah hati hamba-Mu ini dengan cahaya kebenaran-Mu

Engkau tahu betapa hati ini mencari jawapan,
Tetapi manusia sering meninggalkan ruang kosong yang penuh tanda tanya.
Jangan biarkan hati ini hanyut dalam sangkaan yang memakan ketenangan.

Satukanlah bahagian-bahagian hati yang telah retak dan berselerakan,
Seperti Engkau menyatukan kembali burung-burung yang telah terpisah.
Hidupkan semula keyakinan dalam jiwa ini, walau manusia tidak memberi bukti,
Kerana Engkau adalah bukti yang paling nyata.

Ya Allah, gantikan setiap kekosongan dengan rasa cukup kepada-Mu.
Gantikan setiap keraguan dengan keyakinan bahawa
Engkau Maha Melihat dan Maha Adil dan jadikan
Hatiku tenteram dengan cinta dan redha-Mu

Aamiin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *