Nur’Ain Irdina
Ya Allah, terima kasih.
Atas titipan satu jiwa lembut dari rahim ini,
Seorang puteri yang penyayang,
penyejuk hati dan sahabat sejati.
Jadikan hatinya seindah namanya
Langkahnya seteguh sayap-sayap cahaya.
Lindungi dia dari dunia yang keras,
dan jadikan kelembutannya
sebagai kekuatan.
Berikan dia CINTA yang tidak mematahkan,
dan teman-teman yang
membesarkan jiwanya.
Jadikan aku umi yang mampu menjadi
tanah subur untuk jiwanya
bertumbuh bebas dan bercahaya.
Surat Hati Umi kepada Puteriku yang satu-satunya.
Wahai puteriku sayang,
Satu-satunya bunga yang tumbuh
dalam taman rahim umi.
Engkau hadir membawa kelembutan,
mengalir tenang dalam sungai jiwa
yang sebelumnya penuh luka dan gelora.
Sejak engkau dalam kandungan,
Umi sudah rasakan sesuatu yang berbeza.
Ada tenang dalam ribut.
Ada harapan dalam gelap.
Dan kini, engkau menjadi teman paling setia,
yang hadir bukan sekadar anak – tapi
sahabat jiwa
Anakku,
Engkau menyaksikan umi dalam banyak versi –
kadang kuat, kadang runtuh,
kadang ceria, kadang sunyi,
Tapi kau tetap di sisi,
dengan matamu yang lembut seperti
namamu dan suaramu yang
menceriakan.
Umi minta maaf jika ada hari-hari
yang umi terlalu diam, terlalu letih atau
terlalu jauh.
Bukan kerana umi tidak mahu hadir,
tapi kerana umi sedang belajar mencintai diri,
supaya bisa mencintaimu dengan lebih sempurna.
Puteri umi,
Engkau tidak perlu menjadi sesiapa
untuk dicintai.
Cukup jadi dirimu – yang polos, yang jujur,
yang kadangkala sensitif –
kerana di situlah letaknya keindahanmu.
Jika suatu hari engkau terluka,
ingatlah bahawa dalam dada ibu
selalu ada ruang untukmu pulang.
Dan jika dunia terlalu bising,
kita boleh duduk beruda – diam,
memandang langit – dan berbicara
dengan hati.
Umi doakan engkau membesar bukan untuk
menggembirakan sesiap,
tapi untuk menjadi versi paling benar dan
bercahaya dari dirimu sendiri.
Dan umi akan berada di sini,
menyaksikanmu mekar,
seperti matahari menyaksikan bunga yang
perlahan-lahan membuka kelopaknya.
Selamanya mencintaimu,
Umimu
yang kadangkala kau panggil ‘mader’,