Ketika ujian dalam perhubungan melanda, seorang demi seorang mula menjauh. Tanpa sedar.. aku pun meninggalkan diriku sendiri.
Aku lupa siapa diriku.
Aku jatuh dalam lubang rendah diri.. dalam.
Aku menghukum diriku.
Aku menyakiti diriku dan…
Akhirnya, aku hilang diriku sendiri.
Aku hilang arah.
Hilang tujuan hidup sehingga ada masanya aku bersujud minta kematian andai ini yang terbaik. Bila aku disedarkan, cepat-cepat aku pohon keampunan.
Tapi yang aku pasti, aku tetap bermohon pada Allah supaya aku tidak berputus asa – walaupun aku tak rasa apa-apa.
Kosong. Tapi tetap mencari.
Aku terus mencari tujuan hidup. Walaupun pada zahirnya aku sudah ada semuanya. Keluarga, wang, anak-anak, keperluan dan kemudahan. Lengkap.
Tapi, jiwa aku terasa kosong.
Bisnes mula runtuh.
Satu demi satu kedai ditutup. Hutang semakin bertambah. Orang-orang dalam hidupku makin berkurang… dan akhirnya hilang.
Dalam sepi itulah, hatiku dipenuhi dengan –
kecurigaan.
Kemarahan.
Kebencian.
Dendam dan –
aku terus-terusan menghukum diriku dan akhirnya aku tenang. Tenang yang tiada rasa. Kaku
Aku terus mencari. Menyertai pelbagai program, hingga selesai modul tertinggi. Mendengar kuliah agama, duduk dalam kelas Al Quran, penghayatan asma ul husna. Hadir sesi kaunseling bukan sahaja melalui agensi kerajaan malahan swasta yang menelan ratusan ringgit satu sesi.
Tapi, dalam semua itu, aku tetap terasa… kosong.
Bukan kerana kurangnya isi, tetapi kerana aku masih menghukum diri sendiri.
“Aku tidak cukup baik.”
“Aku tidak cukup kuat.”
“Aku masih gagal.”
Aku jejaki Tanah Haram – berharap jiwa ini akan sembuh di sana dan – memang, aku bahagia. Tubuh ini bersujud. Fikiranku kuat beribadah. Langkahku teguh mencari redha-Nya. Tapi jiwaku tetap diam. Beku.
Aku menangis depan Kaabah… bukan kerana terasa dekat, tetapi kerana aku takut – kenapa aku masih tak rasa apa-apa? Namun aku tetap teruskan. Aku tidak berputus asa dengan Allah. Tidak sekali pun.
Tapi saat aku pulang ke tanah air… aku tetap aku. Masih penuh dengan beban yang sama. Masih menyalahkan diri kerana tidak berubah, walau aku sudah lakukan “segalanya”.
Aku pernah hadir dalam program wanita itu sebelum ini. Tapi waktu itu… aku masih sama. Masih kosong. Masih keliru. Tiada apa yang berubah sehingga ada yang memperlekeh. Aku mula bertanya dalam diam.
“Kenapa aku tak macam orang lain?”
“Kenapa orang lain nampak berubah, sembuh dan tersenyum… tapi aku tetap begini?”
Aku rasa seperti orang yang berlari tanpa tujuan. Ke sana Ke mari.
Program demi program.
Buku demi buku.
Doa demi doa.
Tapi seperti berputar di tempat yang sama.
Aku cuba dapatkan rawatan doktor pakar – ubat demi ubat bertukar sehingga aku semakin keliru.
Namun… sesuatu dalam diri masih belum menyerah dan… akhirnya aku kembali semula kepada wanita itu.
Kali ini, aku tak mahu lari lagi. Dengan tekad, aku ikuti programnya… walaupun aku terpaksa korbankan segalanya. Simpanan. Emas. Apa sahaja yang aku ada.
Aku tahu… ini bukan tentang wang. Ini tentang nyawa jiwaku yang sedang nazak, dan aku sanggup lakukan apa sahaja untuk menyelamatkannya.
Dari sinilah – aku mula melangkah ke arah kehidupan baru. Bersama wanita itu. Dalam program yang lebih eksklusif, lebih dalam, lebih jujur.
Bukan mudah. Tapi untuk pertama kalinya… aku benar-benar hadir.
Aku tak lagi bersembunyi dari diriku sendiri.
Hari demi hari, aku mula berani menatap bayang-bayang luka yang lama. Bersama tangisan, bersama tubuh yang selama ini aku abaikan… aku mula kembali memeluk diriku.
Dalam ruang-ruang keheningan itu, aku bertemu seseorang yang selama ini aku cari – diriku sendiri.
Dia tak sempurna.
Tapi dia jujur.
Dia lelah.
Tapi dia tetap hidup dan…
untuk pertama kalinya dalam hidupku, aku tak mahu lagi meninggalkannya.
Diri Sejatiku.
Diri yang tidak perlu menjadi sempurna untuk dikasihi.
Diri yang tidak perlu kuat untuk diterima.
Diri yang hanya mahu duduk… merasa… dan menjadi.
Saat aku mula berani memeluknya… aku terasa satu pelukan yang lebih besar.
Lembut.
Dalam.
menyelubungi seluruh wujudku.
Pelukan Ilahi.
Ia bukan datang dalam bentuk suara.
Bukan dalam bentuk mimpi.
Tapi dalam rasa yang tak dapat dijelaskan –
rasa “aku selamat”
Rasa “aku cukup”
Rasa “aku disayangi”
Aku tak lagi berlari.
Tak lagi mencari.
Sebab yang aku cari selama ini…
sudah pun ada di sini.
Walau tak sempurna.
Dihujung perjalanan panjang ini… aku tunduk dalam sujud paling dalam – bukan kerana aku akhirnya kuat, tapi kerana aku akhirnya pulang.
Pulang kepada diriku.
pulang kepada Tuhanku.
Pulang kepada rasa yang selama ini aku kejar di luar – yang rupanya sentiasa menanti di dalam.
Dalam sujud itu, ada satu nama yang hadir dalam doa syukurku:
Wanita itu adalah mentor kesayanganku – Diyana Tahir
Dia tidak memaksaku untuk berubah.
Dia tidak menjanjikan keajaiban.
Tapi dia percaya pada diriku… saat aku sendiri tidak percaya.
Dia melihat aku… saat aku bersembunyi dari dunia.
Dia membimbing dengan kasih, dalam diam dan dalam doa, dalam kehadiran dan dalam keberanian.
Hari ini, jika aku boleh berdiri dengan lebih lembut, berjalan dengan lebih sedar dan mencintai dengan lebih dalam – sebahagiannya adalah kerana dia yang memilih untuk tetap menjadi cahaya, walaupun sedang diuji dengan gelita.
Terima kasih, wahai wanita kesayanganku.
Terima kasih kerana menjadi ‘tangan’ Allah di bumi ini.
Terima kasih kerana tidak menyerah untuk mencintai orang-orang seperti aku –
yang dulu pun tak tahu bagaimana mencintai dirinya sendiri.
Khas Buat Mentorku Tersayang
Terima kasih,
kerana percaya pada aku -
saat aku sendiri pun tak percaya.
Terima kasih,
kerana melihat diriku -
saat aku sembunyi dan menolak diriku sendiri.
Terima kasih,
kerana tetap hadir,
dalam diam, dalam doa,
dalam keberanian dan kasih.
Hari ini, aku boleh berdiri dan mencintai,
kerana Allah izinkan engkau hadir dalam hidupku.
Sebagai penyuluh.
Sebagai peneman.
Sebagai lentera saat semua cahaya padam.
Semoga Allah menjaga langkahmu,
mengangkatmu tinggi, dan
menyelimuti hidupmu dengan cinta yang tak pernah habis,
sepertimana kau telah mencintai kami
dengan hatimu yang luas dan lembut.