Uncategorized

Surat Dari Diri Sejatimu: Perbandingan

Assalamualaikum sayangku… Aku lihat kamu. Sejak kamu kecil, aku lihat semua perjuanganmu – Bagaimana kamu bertarung untuk dilihat, berusaha keras untuk merasa cukup, menjadi “lebih baik” dari orang lain hanya untuk rasa layak disayangi. Aku tahu…Betapa sunyinya kamu bila dipinggirkan, betapa peritnya bila dibanding-bandingkan. Bila kamu cuba jadi kuat padahal yang kamu mahu cuma satu …

Surat Dari Diri Sejatimu: Perbandingan Read More »

Mahkota Jiwa: Cinta, Kesetiaan, Pemaaf dan Kebebasan

27.06.2025, Villa Novella, Pagi ini, aku bangkit… dari dalam. Bismillahirrahmanirrahim Pagi ini aku disapa oleh jiwaku yang lembut dan kuat..yang kembali bersama empat mahkota Ilahi:Cinta, Kesetiaan, Pemaaf dan Kebebasan. CINTA Ya Wadud, Tuhan Yang Maha Mengasihi,Kau hadirkan cinta dalam nafasku.Bukan sekadar untuk diberi, tetapi untuk didiami.Aku tak perlu mengejar cinta di luar,kerana Engkau telah menjadikanku …

Mahkota Jiwa: Cinta, Kesetiaan, Pemaaf dan Kebebasan Read More »

Kasih Sepotong Kek

Beberapa tahun lalu, umi diuji dengan keadaan yang sukar. Luka yang tidak kelihatan pada jasad, tetapi berdarah di hati dan jiwa. Ketika itu umi hilang banyak perkara. Termasuk seorang sahabat yang umi anggap seperti kakak umi sendiri. Kami mula berkenalan ketika bekerja dahulu. Dialah tempat umi bercerita, berkongsi, meluah perasaan, menangis dan ketawa bersama. Dia …

Kasih Sepotong Kek Read More »

Ibu Susuan

23 Jun 2025, Puchong. Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran Yus, ibu susuan Harraz. Sejenak umi terkenang 10 tahun yang lalu. Umi mengandung dan melahirkan Harraz ketika umi berjuang untuk menyiapkan tesis pascasiswazah. Fikiran tegang. Mana nak fikir Harraz dan anak-anak lain yang masih memerlukan perhatian, mana pula tesis yang tertangguh kerana soal selidik …

Ibu Susuan Read More »

Perjalanan Angin Lembut ke Badai Sunyi

“Video ini adalah kenangan ketika angin lembut membelai jiwa. Hari ini aku melihat semula – bagaimana kelembutan itu bertukar menjadi badai sunyi yang menghancurkan, namun akhirnya menjadi arah untuk pulang.” Umi membuka gambar dan video lama dalam telefon bimbit. Pengalaman umi mencari ruang dan peluang dalam perniagaan. Perjalanan angin lembut yang membawa umi hadir dengan …

Perjalanan Angin Lembut ke Badai Sunyi Read More »

Belajar Menerima

Suka tak dipuji dan dihargai?. Sejujurnya umi tak biasa dipuji. Ada rasa malu, ada rasa tak layak dan takut ‘terjatuh’. Rasa macam disindir pun ada. Betapa dalamnya luka batin ini, disimpan diam dalam senyum dan kejayaan yang terlihat di luar. Umi sedar, ujian ini hadir untuk membawa umi kembali ke tempat paling dalam – tempat …

Belajar Menerima Read More »

Bisikan Diri Sejati

Puchong, 20 Jun 2025 “Bila aku kembali kepada Diri Sejati, setiap perbuatan terasa lebih dekat di hati.Saat itu, Allah hadir bukan hanya dalam nama, tapi dalam rasa, gerak dan nafas yang aku alami” Jangan kejar rasa hadir. Hadirlah dan Aku akan menjadi yang paling dekat

Doa Rezeki dan Kelapangan Hidup

Untuk jiwa yang sedang berusaha dan berserah Ya Allah, ini suara hatiku. Jadikanlah doa ini saksi bahawa aku pernah berharap dengan seluruh jiwaku. Terimalah aku, dalam segala kekurangan dan kejujuran ini. Umi Hasz Ya Allah…Aku datang kepada-Mu hari ini,bukan semata-mata meminta kekayaan,tetapi mohon kelapangan –dalam jiwa, dalam fikiran dan dalam hidupkuyang sedang mencuba sehabis daya. …

Doa Rezeki dan Kelapangan Hidup Read More »