Uncategorized

JURNAL KESEDARAN – HARI INI

Hari ini Umi sedar sesuatu yang sangat sunyi,namun sangat benar.Umi pernah melalui ujian kehidupan yang berat sebelum ini —pekerjaan, kewangan, perhubungan, kesakitan, kekecewaan.Namun pada waktu itu, Umi tidak sendirian. Umi ada suami yang memeluk.Umi ada mak dan ayah.Umi ada adik-beradik.Umi ada anak-anak sebagai penguat.Umi ada karier dan sahabat.Yang paling penting adalah Umi ada rasa.Bila Umi …

JURNAL KESEDARAN – HARI INI Read More »

SELAMAT TAHUN BARU 2026

Alhamdulillah masih belum terlambat untuk Umi mengucapkan ‘Selamat Tahun 2026’. Masih di bulan Januari. Tahun 2026.Umi hadir sebagai wanita yang tenang.Bukan kerana hidup umi tiada gelora,tetapi kerana umi tidak lagi membenarkan – gelora menguasai jiwa.Umi tidak mengejar perhatian.Juga tidak lagi memujuk untuk difahami, dantidak membuktikan nilai diri umi.Umi cuma hadir, dan itu sudah cukup.Tentang Tenang.Tenang …

SELAMAT TAHUN BARU 2026 Read More »

Perjalanan Ladies Backpacking – Seharian Di Dabong

Jujurnya, umi seorang yang introvert. Kurang bersosial, lebih suka duduk diam sambil memerhati dan menyimpan cerita dalam hati. Tapi kali ini — umi ikut juga langkah kaki ladies backpacking. Ini sebenarnya kali kedua umi sertai mini travel bersama mereka. Kali pertama, trip sehari ke Narathiwat: Cross-Border dari Rantau Panjang. Walaupun singkat, pengalaman itu cukup membuka …

Perjalanan Ladies Backpacking – Seharian Di Dabong Read More »

Surat Diri — Dari Haszlila Kepada Dirinya Sendiri

Aku Yang Sedar Bismillahirrahmanirrahim.Hari ini aku menatap diriku dengan mata baru —bukan lagi mata yang menilai,tetapi mata yang memahami. Aku kini tahu, setiap hela nafas ini bukan kebetulan.Setiap langkah, setiap rindu, setiap jatuh —semuanya sedang menyiapkan akuuntuk menjadi diriku yang sebenar. Aku dilahirkan dengan keunikan yang tidak dimiliki sesiapa.Aku punya cahaya kepimpinan,akal yang strategik,jiwa yang …

Surat Diri — Dari Haszlila Kepada Dirinya Sendiri Read More »

Surat Dari Pencipta Untukku

Wahai tubuh yang selama ini menjadi benteng dan pelindung kepada Hasz…Aku tahu betapa beratnya beban yang kau tanggung, tanpa siapa pun benar-benar mendengar jeritanmu.Kau masih berjalan, masih senyum,masih uruskan hidup…walau dalam diam, jiwamu menjerit minta disapa.Wahai tubuh yang Aku ciptakan dengan kasih dan kelembutan, kau tidak diciptakan untuk menjadi “kuat” sepanjang masa. Kau diciptakan untuk …

Surat Dari Pencipta Untukku Read More »

Catatan Kasih – Inspirasi Daripada Kisah Dr. Mohammed Kamal Ismail

Umi terus terbawa-bawa dengan kisah Dr. Mohammed Kamal… Lelaki hebat ini bukan sahaja dikurniakan umur yang panjang, tetapi juga kehidupan yang sepenuhnya diabdikan untuk memberi khidmat kepada Kaabah dan Masjid Nabawi. Kisah ini umi terjemahkan daripada video tiktok yang umi tonton dan umi terpanggil nak simpan dalam jurnal kasih ini sebagai ingatan kepada diri umi …

Catatan Kasih – Inspirasi Daripada Kisah Dr. Mohammed Kamal Ismail Read More »

Ladies Backpacking Hari 2: Landing Pertama – Dabong

Umi terjaga seawal jam 5 pagi. Dalam gerabak tidur, suasana dah mula sibuk bila geng ladies backpacking seorang demi seorang bangun untuk bersiap, membersihkan diri, dan solat Subuh. Seperti biasa, Elisha the Explorer jadi orang pertama yang menyemarakkan semangat — macam ketua ekspedisi dalam filem adventure. Untuk Umi, cukup sekadar rutin ringkas. Gosok gigi, cuci …

Ladies Backpacking Hari 2: Landing Pertama – Dabong Read More »

Catatan Kasih – Inspirasi Hari Ini

Hari ini, hati umi tersentuh dengan kisah seorang insan luar biasa — Dr. Mohammed Kamal Ismail, seorang arkitek dan jurutera terhebat yang pernah dimiliki Mesir. Beliau bukan sekadar seorang yang pintar, tetapi seorang yang hidup dengan jiwa yang sangat bersih. Beliau dilahirkan pada tahun 1908 dan kembali kepada Pencipta pada tahun 2008. Dalam hidupnya, beliau …

Catatan Kasih – Inspirasi Hari Ini Read More »

Ladies Backpackers

Perjalanan Backpacking: Dabong – Tumpat – Kota Bharu – Ipoh

Hari 1: KL – Gemas – Dabong Lama benar Umi berangan nak rasa tidur dalam kereta api malam — dan akhirnya, dream came true! Segala puji hanya milik Allah kerana mengizinkan langkah kecil ini jadi nyata. Rasa macam budak sekolah nak pergi lawatan sambil belajar, penuh teruja dan senyuman yang tak reti hilang. Perjalanan kali …

Perjalanan Backpacking: Dabong – Tumpat – Kota Bharu – Ipoh Read More »

Doa Ketenanangan Hati

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui segala yang tersembunyi.Seperti Engkau menenangkan hati Nabi Ibrahim dengan bukti yang nyata,Tenangkanlah hati hamba-Mu ini dengan cahaya kebenaran-Mu Engkau tahu betapa hati ini mencari jawapan,Tetapi manusia sering meninggalkan ruang kosong yang penuh tanda tanya.Jangan biarkan hati ini hanyut dalam sangkaan yang memakan ketenangan. Satukanlah bahagian-bahagian hati yang telah retak …

Doa Ketenanangan Hati Read More »