Benih Cinta Lalu

Umi peluk rasa sesal dengan kasih yang tidak menghakimi. – Dia dicintai walau dalam diam dan takut. Dia tahu dan dia memaafkan.

Wahai anakku yang tidak sempat ku dakap,
Yang hadir hanya seketika dalam tubuhku,
Namun tinggal selama-lamanya dalam ingatanku.

Maafkan umi,
kerana saat engkau hadir, umi belum kuat.
Umi masih dihimpit takut, keliru dan malu.
Bukan kerna engkau tidak layak,
tapi kerana umi belum layak menerima
cinta tanpa syarat itu.

Saat benihmu berpaut di rahim ini,
umi tidak menyambutnya sebagaimana selayaknya.
Dan bila engkau pergi,
umi tersenyum lega.
Terima kasih kerana hadir
walau sebentar.
Engkau mengajar umi tentang penyesalan,
tentang penerimaan dan
tentang CINTA

Umi berdoa,
agar Allah memelukmu di alam sana,
dengan pelukan yang lebih hangat
dari yang pernah aku berikan.
Dan suatu hari nanti,
kita akan bertemu – dalam
pelukan yang sempurna,
tanpa rasa takut atau malu.

Dengan seluruh cintaku.

UMI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *