Ya Allah, Pemilik hatiku dan penjaga ragaku,
aku hadir di hadapan-Mu dengan seluruh rasa,
dengan tubuh yang sedang belajar untuk bernafas semula,
dengan jiwa yang sedang mencari cahaya
setelah lama tenggelam
Bimbinglah aku untuk melepaskan apa
yang menyekat,
lembutkan bahagian dalam diriku yang
takut,
dan peluklah aku sebagaimana Engkau
memeluk semesta.
Hari ini, aku izinkan diriku untuk mencintai,
aku izinkan diriku untuk disembuhkan,
dan aku izinkan diriku untuk kembali pulang
kepada-Mu,
dengan penuh kelembutan.
Aamiin
Niat Hari Ini
Hari ini aku berniat untuk:
- Memeluk diriku sepenuhnya;
- Mendengar dan mempercayai tubuhku;
- Bernafas dalam sedar;
- Membuka ruang untuk cinta dalam setiap langkah hidupku
Surat Cinta buat Umi
Umi..
Aku tahu kau telah bertahan begitu lama.
Dengan dada yang penuh sesak, dengan
kepala yang sering berdenyut,
namun kau terus berjalan.
Aku tahu betapa beratnya rasa yang kau
simpan.
Tapi aku di sini hari ini, bukan untuk
menyuruhmu kuat,
tapi untuk memelukmu erat - dengan kasih yang tidak bersyarat.
Terima kasih kerana tidak berputus asa.
Terima kasih kerana masih mahu membuka
mata setiap pagi.
Terima kasih kerana memilih untuk
mencintai diri walaupun kadang kau sendiri
tak yakin kau layak dicintai
Kau layak.
kau indah.
Dan setiap inci darimu adalah sebahagian
dari Cahaya yang tak pernah padam
Aku sayang kau.
Aku akan temani kau - selamanya.