Catatan Kasih – Inspirasi Hari Ini

Hari ini, hati umi tersentuh dengan kisah seorang insan luar biasa — Dr. Mohammed Kamal Ismail, seorang arkitek dan jurutera terhebat yang pernah dimiliki Mesir. Beliau bukan sekadar seorang yang pintar, tetapi seorang yang hidup dengan jiwa yang sangat bersih.

Beliau dilahirkan pada tahun 1908 dan kembali kepada Pencipta pada tahun 2008. Dalam hidupnya, beliau menjauhkan diri daripada dunia glamor, jauh daripada perhatian manusia, bahkan tidak pernah memiliki Facebook, Instagram, atau YouTube. Namanya seolah-olah tersembunyi, tetapi amalnya menggunung.

Saat Raja Fahd mencari arkitek terbaik dunia untuk menguruskan reka bentuk semula Haram Sharif, seluruh dunia dicari… dan akhirnya, hanya satu nama yang paling layak iaitu Dr. Mohammed Kamal.

Yang paling membuat hati umi sebak… bila beliau menolak semua bayaran. Tawaran berjuta-juta dolar ditolak dengan kata-kata yang sangat indah:

Aku bekerja untuk dua masjid paling suci di bumi. Aku tidak mahu sebarang bayaran. Aku mencari ganjaranku hanya daripada Allah, Tuhan sekalian alam.”

Subhanallah. Dalam dunia yang penuh dengan cinta kepada harta, inilah insan terpilih yang hatinya hanya berpaut kepada redha Allah.

Beliau berkahwin lewat usia, 44 tahun, namun diuji dengan pemergian isteri tercinta ketika melahirkan anak sulung mereka. Sejak itu, dunianya hanya berpusat pada ibadah, menanti saat bertemu kekasih hatinya dan Pencipta di akhirat.

Kisah ini mengajar umi bahawa dunia ini sementara dan segala amal yang kita lakukan hanya berharga bila diniatkan kerana Allah. Ikuti sambungan kisah ini nanti.

Sumber: Dunyaanddeen @tiktok

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *