Menang Bila Tenang

Kemenangan bukan bila luka hilang, tapi bila kita masih memilih kasih, walaupun luka itu belum sembuh sepenuhnya

Umi Hasz

Ya Allah,
Pemilik tubuh dan jiwa ini,

Terima kasih kerana memilihku untuk merasa,
walaupun kadang aku tak tahu bagaimana untuk menyembuh.
Terima kasih kerana mendekatkanku semula kepada tubuhku,
kepada diri sejatiku dan kepada-Mu yang tak pernah menjauh.

Lembutkan hatiku untuk menerima cinta,
Kuatkan langkahku walau perlahan dan
peluklah aku bila aku rasa sendiri.

Aku redha untuk menyembuh secara perlahan,
asalkan aku sentiasa pulang kepada-Mu.

Jadikanlah cintaku kepada-Mu sebagai tempat berpijak dan
cintaku kepada mereka sebagai cermin kasih-Mu.

Aamin, Ya Allah

#segamat #10:28Sun,3Aug

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *