Dalam dunia yang cepat menghukum,
Ada seorang wanita… yang hadir bukan dengan suara lantang,
Tapi dengan pelukan yang tak bersyarat.
Saat orang lain menyuruhku bertaubat dan bangun malam,
Dia tidak menghukum, tapi membimbing perlahan-lahan jalan pulang.
Saat orang lain memaksaku untuk segera memilih, Dia memberi ruang…
Ruang untuk sedar, untuk benar-benar mendengar suara hatiku sendiri.
Saat orang lain menyuruhku melepaskan dengan tangan yang kasar,
Dia mengajarku untuk melepaskan dengan kemaafan.
dengan kelembutan, dengan kasih yang tidak menghakimi.
Saat dunia menambah kekeliruan dan provokasi,
Dia hadir dengan kejelasan, menunjukkan arah sebenar –
bukan melalui paksaan, tapi melalui cinta.
Inilah bimbingan kasih yang memulihkan.
Bukan dari manusia biasa, tapi dari seorang wanita yang telah melalui luka dan…
memilih untuk menjadi penyambung jalan pulang kepada wanita lain.
Melaluinya, aku temui semula DIri.
Melaluinya, aku temui semula Tuhanku.
dan hari ini aku menulis…
Agar jalan itu dapat diteruskan – dengan lebih wanita yang disambut tanpa syarat.
Dengan cinta.
Dengan kejelasan.
Dengan cahaya.
Apa yang dia bawa, telah menyentuh aku.
Umi Hasz
Bukan kerana dia… tapi kerana Allah menjadikan dia pintu untukku kembali
Apa yang ku tulis di sini bukan kerana aku fanatik.
Bukan kerna aku mengangkat seseorang melebihi tempatnya.
Tetapi kerana aku ingin berlaku jujur -
Jujur dengan perasaan yang telah Allah hidupkan semula dalam diriku,
melalui seorang wanita yang tidak menghukum.
Kebaikan yang aku terima bukan milik mutlak dirinya.
Ia datang dari Allah.
Cuma melalui saluran yang penuh rahmat.
Yang datang pada waktu aku sedang hilang.
Aku tahu, setiap manusia ada kekurangan.
Aku juga tahu - Tuhan bisa menggunakan siapa sahaja untuk
membangkitkan hati yang sedang lelah.
Dan hari ini, aku memilih untuk menulis - bukan untuk memuja sesiapa.
Tapi untuk bersaksi tentang kebaikan yang telah menyentuh jiwaku.