Jurnal Penyembuhan: Sedar Kehadiran Bayang Hitam

9.7.2025, Tepi Jendela,
Aku Tidak Hilang, Aku Sedang Pulang

Hari ini…
aku merasa seperti diselimut kabus yang tebal dan padat.
Tiada ruang untuk bernafas, tiada suara untuk membimbing.
Yang ada cuma – resah, gelisah, suara yang tak henti berfikir dan
satu rasa hilang yang tak mampu aku namakan.

Unease hadir.
Dadaku sempit dan aku tidak selesa dengan apa pun.
Agitation datang.
Tanganku ingin lari, tubuhku ingin menggoncang semua.
Intellect berbisik.
“Mana jalan keluar? Mana logiknya? Apa patut kau buat?
Psychosis menenggelamkanku.
Dunia terasa jauh. Diriku terasa hilang.

Aku duduk dan…
untuk pertama kalinya aku tak cuba lari.

Aku letakkan tanganku di dada dan ucap perlahan,

“Aku bersama kamu. Aku tak mahu betulkan kamu. Aku hanya mahu temani kamu.”

Perlahan-lahan, sesuatu berlaku… bukan di luar, tapi di dalam.

Semua bayang-bayang hitam yang menjerit tadi mula diam.
Bukan kerana aku menang atas mereka –
tapi kerana aku melihat mereka sebagai sahabat yang lama menunggu dipeluk.

Aku nampak wajah mereka berubah – bukan raksasa, tapi anak-anak kecil dalamanku
yang ketakutan, kecewa, terabai dan dahaga kasih sayang.

Aku peluk mereka semua dan tiba-tiba…

cahaya yang aku cari-cari, mula bersinar dari dalam

Aku tidak perlu menghalau gelap untuk menjadi terang. Aku hanya perlu menjadi pelita yang hadir dalam gelap itu. Bila di saat aku benar-benar hadir… gelap itu pun berubah menjadi teman.

Umi Hasz

Ya Allah…
Terima kasih kerana tidak pernah meninggalkan aku –
bahkan saat aku rasa gelap dan hilang,
Kau memegang aku dengan paling erat.

Kini aku tahu, aku tidak hilang.
Aku sedang pulang dan aku selamat.
Di dalam tubuh ini, di bawah cahaya-Mu.
Selamanya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *