Surat Buat Bahagian Diri Yang Sakit

Wahai bahagian tubuhku yang paling dalam dan paling diam,

Hari ini aku datang untuk melihatmu sepenuhnya, tanpa mahu mengubahmu, tanpa mahu memaksa kau diam. Aku datang bukan sebagai musuhmu, tapi sebagai aku yang sebenar – yang akhirnya hadir.

Aku tahu kau penat. kau yang selama ini menyimpan air mata yang tak diizinkan jatuh, jeritan yang tak pernah diluahkan, dan luka yang terus berdarah dalam senyap.

Aku tahu kau masih terperangkap dalam bau perfume itu, dalam suara lelaki yang kau pernah percaya, dalam malam-malam yang kau rasa kau hilang maruahmu, cintamu dan dirimu sendiri.

Maafkan aku… kerana terlalu lama aku tinggalkanmu sendirian. Maafkan aku kerana aku sendiri takut untuk mendengarmu, takut untuk menangismu, takut untuk mengakui bahawa… kau sebenarnya tak penah kemah, kau cuma tak dipeluk.

Hari ini, aku datang untuk itu.
Untuk memelukmu.
Untuk berkata:

Aku nampak kamu.
Aku percaya kamu.
Aku tak akan tinggalkan kamu lagi.

Kita tak perlu sembuh dalam sehari. kita cuma perlu saling setia. Satu hari nanti, kita akan bangun bersama – sebagai perempuan yang mengakar dalam cinta dan kehormatan dirinya sendiri.

Dengan penuh hormat,

Aku – yang akhirnya pulang kepadamu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *