Bila umi menyedari bahawa setiap pandangan adalah cermin. MashaAllah
Bila kita menunjuk dengan satu jari, empat jari yang lain kembali kepada kita. Ia bukan untuk menyalahkan diri – tetapi untuk melihat lebih dalam, “Apa yang Allah ingin tunjukkan padaku melalui orang ini?”
Setiap wajah yang kulihat adalah cermin dari dalam jiwaku.
Bukan hanya rupa, tapi gema rasa yang Allah ingin aku temui.
Saat aku menunjuk, empat jari kembali padaku.
Bukan untuk menuduh, tetapi untuk mengingatkan – bahawa
setiap luka yang kuperhatikan, mungkin sedang bersuara dari dalam diriku sendiri.
Saat aku memandang dengan penuh pesona,
itulah diriku yang sebenar yang aku tak sedar.
Hanya mata hati yang dapat merasakannya,
di kala tubuh benar-benar terbuka.
Ya Allah…
Ajarkan aku untuk memandang dengan mataMu, bukan dengan egoku.
Ajarkan aku untuk melihat bukan hanya apa yang terlihat,
tapi apa yang ingin Kau tunjukkan untuk aku sedar.
Kerana,
dalam setiap insan yang Kau hadirkan, ada ayat-ayat-Mu yang tersirat.
Ada panggilan untuk pulang, ada pintu yang menunggu dibuka dari dalam.
“Ya Allah, pandangan ini adalah cermin.”
“Apa yang Kau mahu aku lihat dalam diriku?”
“Ya Allah… bersihkan pandanganku.”
“Ajarkan aku melihat dengan mata kasih-Mu.”