Month: June 2025

Doa Buat Puteri Tersayang

Nur’Ain Irdina Ya Allah, terima kasih.Atas titipan satu jiwa lembut dari rahim ini,Seorang puteri yang penyayang, penyejuk hati dan sahabat sejati.Jadikan hatinya seindah namanyaLangkahnya seteguh sayap-sayap cahaya.Lindungi dia dari dunia yang keras,dan jadikan kelembutannya sebagai kekuatan.Berikan dia CINTA yang tidak mematahkan,dan teman-teman yang membesarkan jiwanya.Jadikan aku umi yang mampu menjaditanah subur untuk jiwanyabertumbuh bebas dan …

Doa Buat Puteri Tersayang Read More »

Benih Cinta Lalu

Umi peluk rasa sesal dengan kasih yang tidak menghakimi. – Dia dicintai walau dalam diam dan takut. Dia tahu dan dia memaafkan. Wahai anakku yang tidak sempat ku dakap,Yang hadir hanya seketika dalam tubuhku,Namun tinggal selama-lamanya dalam ingatanku. Maafkan umi,kerana saat engkau hadir, umi belum kuat.Umi masih dihimpit takut, keliru dan malu.Bukan kerna engkau tidak …

Benih Cinta Lalu Read More »

Khalifah Kecil

Ruang Pagi ini Hazim siap awal untuk ke sekolah. Sempat tolong umi bancuh air untuk sarapan. Sementara tunggu Hadif dan Harraz bersiap, kami sarapan bersama dan berbual. Asalnya umi tanya Hazim bagaimana uruskan adik-adik dan dia jawab dengan dahi berkerut. Timbul soalan – “Siapa kita? Kenapa kita diciptakan”. Manusia diciptakan sebagai khalifah di muka bumi …

Khalifah Kecil Read More »

Kosong Yang Berisi

Aku milik cinta yang abadi.Hari ini aku pilih diriku sendiriBukan kerana kecewa,Tapi kerana aku layak disayangi,oleh diriku sendiri dan oleh TuhanYang Maha Lembut Queen of Gentle Grace Ada rasa pedih yang sukar diluah bila satu demi satu ruang yang pernah menjadi kebanggaan – Harraz Mart, Ayam Kampung Harraz dan Harraz ChewMe – kini hanya tinggal …

Kosong Yang Berisi Read More »

Dari Luka Lahir Cahaya

Lima luka di dada,terukir dari cinta yang pernah dipercaya.Tapi Tuhan tak pernah membiarkan,air mata gugur sia-sia. Lima benih dari rahim suci,tumbuh jadi pohon penyejuk hati.Mereka hadir bukan mengganti,tapi sebagai bukti –bahawa cinta sejati tak pernah mati Dari luka, lahirlah cahaya.Dari tangis, muncul lah suara doa.dan kini aku berdiri – bukan sebagai yang patah.tetapi yang bangkit, …

Dari Luka Lahir Cahaya Read More »

Atuk: Lelaki Pertama Yang Mengajar Lembut dan Tegas

Kenangan ini adalah hadiah kepada semua datuk yang pernah menjadi cahaya dalam kehidupan cucunya. Dalam Lekuk Tengkuk Atuk Dalam tangan kasar ada belaian,Dalam diam ada panduan.Setiap langkah ke pasar jadi hadiah,Setiap gurau jadi cahaya. Lif pertama bukan hanya naik ke tingkat,Tapi membuka dunia kanak-kanak.Teka-teki jadi pelita malam,Ketupat anyaman jadi warisan dalam. Atuk, lekuk tengkukmu tiada,Tapi …

Atuk: Lelaki Pertama Yang Mengajar Lembut dan Tegas Read More »

Aku Ingin MencintaiMu Sepenuh Jiwaku

Ya Allah, Pemilik hatiku dan penjaga ragaku,aku hadir di hadapan-Mu dengan seluruh rasa,dengan tubuh yang sedang belajar untuk bernafas semula,dengan jiwa yang sedang mencari cahaya setelah lama tenggelamBimbinglah aku untuk melepaskan apa yang menyekat,lembutkan bahagian dalam diriku yang takut,dan peluklah aku sebagaimana Engkau memeluk semesta.Hari ini, aku izinkan diriku untuk mencintai,aku izinkan diriku untuk disembuhkan,dan …

Aku Ingin MencintaiMu Sepenuh Jiwaku Read More »